Oleh PROF. DR. AWANG SARIYAN
BAHASA Melayu sejak lebih daripada satu alaf telah
memiliki martabat sebagai bahasa besar. Sejak abad ke-7 Masihi, bahasa
Melayu telah menjadi bahasa kerajaan, bahasa perdagangan, bahasa
pengajian agama dan lingua franca bagi rantau Kepulauan Melayu di bawah
kerajaan Sriwijaya. Pada zaman kesultanan Melayu dari sekitar abad ke-13
hingga abad ke-19, bahasa Melayu mencapai puncak kegemilangan sebagai
bahasa tamadun Melayu baharu, dengan menjadi bahasa pentadbiran, bahasa
diplomasi, bahasa undang-undang, bahasa ilmu dan falsafah, bahasa
perdagangan, bahasa ketatanegaraan dan bahasa sastera tinggi.
Sarjana Belanda Francois Valentijn mengungkapkan kebitaraan bahasa Melayu pada abad ke-16 sebagai yang berikut:
``Bahasa mereka, bahasa Melayu, bukan saja dituturkan
di daerah pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh kepulauan
Melayu dan di negeri-negeri Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami di
mana-mana saja oleh setiap orang, tidak ubah seperti bahasa Perancis
atau Latin di Eropah, atau sebagai bahasa lingua franca di Itali dan di
Levant. Sungguh luas tersebarnya bahasa Melayu itu sehingga kalau kita
memahaminya tidaklah mungkin kita kehilangan jejak, kerana bahasa itu
bukan saja dimengerti di Parsi bahkan lebih jauh dari negeri itu, dan di
sebelah timurnya sehinggan kepulauan Filipina.''
Kebitaraan bahasa Melayu pada abad 16 dan 17 dapat
dirumuskan dengan kenyataan bahawa bahasa tersebut telah mencapai taraf
bahasa antarabangsa, terutama dengan kedudukannya sebagai bahasa
diplomatik, lingua franca, bahasa perdagangan sedunia, bahasa penyebaran
agama besar dunia dan bahasa sastera.
Kelunturan martabat bahasa Melayu
Martabat bahasa Melayu dilunturkan oleh penjajah
(Belanda di Indonesia dan Inggeris di Malaysia) dengan menurunkan darjat
bahasa itu daripada bahasa besar dan bahasa perhubungan luas menjadi
bahasa setempat atau bahasa vernakular yang disempitkan fungsinya hanya
sebagai bahasa perhubungan sehari-hari dan lebih untuk lingkungan
masyarakat Melayu. Dalam zaman penjajahan Inggeris, bahasa Melayu
disetarafkan dengan bahasa keturunan yang dibawa oleh Inggeris untuk
kepentingan ekonomi, iaitu keturunan Cina dan India dengan menjadikannya
bahasa penghantar di sekolah vernakular Melayu, sama halnya dengan
bahasa Cina di sekolah vernakular Cina dan bahasa Tamil di sekolah
vernakular India.
Tintin' Titanium Backbone Rings - Classic Tintin' Rings - Tintin'
ReplyDeleteThis Tintin' Titanium Backbone everquest titanium Rings titanium pots and pans feature the back ridge titanium wallet bone structure, Tintin' Titanium Backbone Rings are babyliss pro titanium worn in a style reminiscent of babyliss pro nano titanium the original
g232i3cnsqw486 real dolls,wholesale sex toys,couples sexy toys,vibrators,silicone sex doll,Rabbit Vibrators,sex toys,sex chair,penis sleeves j466f1exjuw947
ReplyDelete